06 Nov 2018

TAHNIAH PM MENERIMA DARJAH TERTINGGI JEPUN

0 Comment

Presiden Dewan Perniagaan Malaysia Global, Profesor Datuk Seri Dr Alex Ong mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana telah menerima darjah tertinggi daripada Maharaja Akihito, Jepun.

Beliau memandang pengiktirafan dari negara Jepun terhadap Tun Mahathir sangat mendalam khususnya dengan penerimaan darjah tertinggi itu menunjukkan pihak pemerintah negara Jepun sangat menghormati Tun Mahathir sehingga beliau dianugerahkan darjah tertinggi.

“Saya difahamkan juga yang menerima anugerah ini ada dua lagi selain Tun Mahathir iaitu mantan Perdana Menteri India dan juga mantan Perdana Menteri Singapura.

“Saya sangat kagum dengan Tun Mahathir kerana dengan kebiwaan beliau serta pengaruhnya yang merupakan antara perdana menteri paling senior dari segi umurnya di dalam dunia dan saya kira ramai perdana menteri dan ketua-ketua negara lain menghormati beliau diatas pengalaman serta mengiktiraf beliau sebagai seorang kenamaan yang bijaksana dalam memimpin sesebuah negara,” katanya.

Pengalaman Tun Mahathir tidak boleh dinafikan kerana pengalaman beliau yang pernah memimpin negara Malaysia lebih daripada 20 tahun dahulu dan kini kembali lagi untuk memimpin dan menyelamatkan negara ke arah kestabilan ekonomi dan juga menyakinkan lagi para pelabur luar negara untuk melabur.

Dewan Perniagaan Malaysia Global sangat menyokong hasrat Tun Mahathir dan juga barisan kabinet beliau.

“Kami juga memainkan peranan kami dengan mempromosikan Malaysia di negara-negara yang ada di dunia.

“Kita berharap dengan pengiktirafan ini Tun Mahathir, beliau akan lebih ceria dan dipanjangkan umur serta terus memimpin negara dan pada masa akan datang, kita berharap perdana menteri ke-8 yang telah dijanjikan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meneruskan hasrat Tun Mahathir sepertimana yang telah dilakukan demi menyelamatkan negara dan kemajuan rakyat Malaysia,” katanya.

[top]