16 Nov 2017

Pembangkang Kering Modal Bila Serang Isu Peribadi

0 Comment

15 NOV: Pembangkang disifatkan ketandusan modal apabila menggunakan serangan peribadi untuk menjatuhkan pemimpin UMNO dan BN.

“Kita berpolitik matang, di pihak kerajaan kita tidak membuat serangan peribadi terhadap pembangkang.

“Setiap tohmahan fitnah pembangkang kepada kerajaan, kita ambil pendekatan dengan menerangkan hal sebenar kepada rakyat daripada menyerang peribadi atau menanam persepsi negatif,” kata Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna, Datuk Nasir Sakaran di Semporna hari ini.

Beliau yang juga ADUN Senallang mengulas tindakan beberapa pemimpin Parti Warisan Sabah yang cuba memanipulasi kekayaan yang dimiliki pemimpin BN di negeri itu..

Sementara itu, Nasir berkata kemasukan beramai-ramai ahli Warisan ke dalam UMNO pada minggu lepas bukan gimik semata.

Pada Sabtu lalu, 1,020 ahli Warisan keluar parti dan menyerahkan borang keanggotaan kepada ADUN Bugaya, Datuk Ramlee Marahaban.

[top]