23 Mar 2018

Pejabat PM nafi BN akan umum calon pada 2 April

0 Comment

KUALA LUMPUR: Pejabat Perdana Menteri hari ini menafikan laporan media hari ini yang mendakwa pengumuman calon Pilihan Raya Umum ke-14 akan dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April ini.

Dalam satu kenytaan ringkas, Pejabat Perdana Menteri menjelaskan laporan mengenai perkara tersebut merupakan spekulasi pihak media Awal hari ini, beberapa media melaporkan Perdana Menteri akan membuat pengumuman calon BN pada 2 April, lima hari sebelum majlis pelancaran manifesto PRU14.

Laporan yang memetik sumber itu mendakwa majlis pengumuman itu akan dibuat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan akan dihadiri oleh semua pemimpin 13 parti komponen BN.

[top]