16 Nov 2017

Mahathir Gemar Guna Alasan Sama Tutup Kelemahan

0 Comment

15 NOV: Seperti lazimnya, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menggunakan alasan yang sama jika sesuatu perkara buruk berlaku kepada diri beliau dan ahli keluarganya.

Sekali lagi Pengerusi PH itu telah menggunakan alasan yang sama dengan mendakwa musuh politik sengaja menyerang kisah peribadi cucunya untuk tujuan mengalih perhatian rakyat mengenai perkara yang lebih serius membabitkan negara.

“Dalam politik dibenarkan sebagai strategi untuk mengalih perhatian isu yang sepatutnya diberi perhatian seperti 1MDB. Kamu pergi korek keburukan orang lain, saya boleh korek keburukan juga,” katanya kepada media di Bangunan Parlimen, Rabu.

Beliau memberi reaksi demikian ketika diminta mengulas tindak-tanduk beberapa cucu kesayangannya yang mempamerkan gaya hidup mewah ala kebaratan serta bertentangan dengan Islam mereka di laman sosial.

Baru-baru ini cucu Dr Mahathir, Othman Mirzan telah mengejutkan netizen apabila memuat naik gambar beliau tidur bersama anjing-anjing kesayangan di laman sosial.

Cucunya itu telah menggunakan kapsyen “All my bitches love me” di laman instagram telah mendapat kecaman netizen yang rata-rata mempersoalkan kewajarannya memilih anjing sebagai haiwan peliharaan.

Tindakan Othman itu jelas bertentangan dengan norma-norma gaya hidup orang Melayu apatah lagi dari segi Islam yang telah mengklasifikasikan anjing sebagai najis mughalazah iaitu najis berat.

Manakala pada Ahad lalu, beberapa akhbar arus perdana telah menyiarkan berita muka depan mengenai gambar gaya hidup cucu Pengerusi PH itu, Meera Alyanna Mukhriz.

Gambar tersebut menunjukkan Meera di atas kapal layar yang dinamakan sempena namanya dan sering memakai pakaian berjenama serta menjalani gaya hidup mewah.

Turut disiarkan ialah gambar-gambar Meera dan adik perempuannya Melia Serena di atas bot dengan kawan-kawannya.

[top]