Perdana Menteri berkata, berikutan itu, satu kajian akan dilaksanakan bagi menambah bilangan pelajar India terutamanya di pusat-pusat matrikulasi.

“Pada masa sekarang jumlah masyarakat India di institusi pengajian tinggi tidak sampai tujuh peratus.

“Menerusi beberapa usaha yang kerajaan akan lakukan, sasaran tersebut mampu dicapai,” katanya ketika berucap dalam majlis ramah mesra bersama Yayasan MyNadi di sini hari ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengumumkan untuk melancarkan satu skim pelaburan khusus dalam Amanah Saham 1Malaysia untuk masyarakat India yang berada dalam golongan berpendapatan rendah (B40) pada 7 April ini.

“Pengumuman lanjut akan dibuat pada tarikh tersebut, bagaimanapun sebanyak 100,000 masyarakat India berpeluang untuk menyertai skim tersebut,” katanya.–UTUSAN ONLINE.