Kenyataan Ketua Pengarah

Dato’ Seri Dr. Alex Ong, J.P.

Ketua Pengarah Malindo MBCC

(Ketua Pendaftar, Pentadbiran & Kewangan KPD)

Salam kepada semua pelawat laman MBCC.

Pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih di atas inisiatif anda yang berkunjung ke laman web mymalindo.com, semoga laman ini akan menjadi satu mercu tanda yang baru dan memberi impak bisnes serta budaya kepada anda. Saya percaya bahawa dengan adanya laman seperti ini, banyak informasi yang bakal diteroka oleh anda dan kami di Malindo Business and Cultural Center (MBCC) sedia membantu.

Ramai yang pasti tertanya apakah sebenarnya fungsi dan maksud “malindo”, sebenarnya ianya adalah singkatan daripada perkataan Malaysia Indonesia, ini juga telah menterjemahkan fungsi kerjasama antara Negara serumpun yang mana MBCC memainkan peranan bagi menjalinkan hubungan yang baik khususnya dalam bidang Pendidikan, Ekonomi dua hala, peluang perdagangan dan pelaburan, sumber manusia dan juga kebudayan serta warisan.

Saya percaya dengan adanya pusat MBCC ini, anda tidak perlu pergi jauh jika ingin mengetahui cara dan nasihat untuk melangkah bisnes atau budaya khususnya di bumi garuda. Kami sedia membantu anda. Akhir kata, saya bagi pihak seluruh anggota “home staff” MBCC mengucapkan terima kasih dan berharap agar laman ini akan menjadi satu laman informasi kepada semua yang melayarinya.

Selamat maju jaya, sekian, terima kasih.