Jawatan 3K

Bagi mempastikan pengurusan pentadbiran dan pengurusan organisasi Malindo Business & Cultural Center lebih mantap, selaras dengan fungsi, maka pihak pengurusan tertinggi telah mewujudkan tiga kategori jawatan yang dinamakan 3k seperti berikut:

 

  1. Level Senior – Ketua Bahagian / Head of Division

Syarat pelantikan memerlukan seseorang itu mempunyai ahli-ahli dibawahnya yang boleh dipimpin dan diawasi di mana ianya juga boleh memperkembangkan dan meningkatkan bilangan ahlinya yang bertanggung jawab terus kepada Ketua Jabatan.

 

  1. Level Executive – Executive Consultant / Konsultan Eksekutif

Syarat pelantikan yang diperlukan seseorang itu pernah menerima anugerah atau award dari Malindo MBCC dan juga pernah menerima anugerah gelar budaya dan mereka ini juga boleh memperkembangkan dan meningkatkan bilangan ahlinya yang bertanggung jawab terus kepada Ketua Jabatan.

 

  1. Level Junior – Counsellor / Konsular

Syarat pelantikan yang diperlukan seseorang itu yang mempunyai kesungguhan untuk mengenali dan memahami organisasi Malindo MBCC. Bersedia untuk dilantik sebagai anggota sukarela dan boleh membawa ahli-ahli baru melalui Ketua Jabatan.