Dewan Perniagaan Malaysia Global (MGCC) menyokong penuh tindakan Duta Laos ke Malaysia.

November 14, 2019

Dewan Perniagaan Malaysia Global (MGCC) menyokong penuh tindakan Duta Laos ke Malaysia.

Kenyataan Media Profesor Dato’ Sri Dr. Alex Ong Presiden Dewan Perniagaan Malaysia Global (MGCC) 13 November 2019

Kuala Lumpur, 13 November 2019: Presiden Dewan Perniagaan Malaysia Global, Profesor Dato’ Sri Dr. Alex Ong menyokong penuh tindakan Duta Laos ke Malaysia, Houmdaophone Soukhaseum untuk mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk meninjau dan merebut peluang dalam pelbagai sektor ekonomi negara tersebut.  Profesor Dato’ Sri Dr. Alex Ong berkata, kami amat menyokong tindakan untuk mengalu-alukan rakyat negara kita untuk meninjau atau merebut peluang dalam pelbagau sektor eknomi negara tersebut kerana dengan ini, para usahawan mampu melebarkan lagi perniagaan di Negara Laos.

Dengan mengembangkan lagi ekonomi di negara mereka, kita mampu merapatkan lagi jurang ekonomi negara kita dengan negara Laos. Tindakan ini mampu membantu pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara.  Sebelum ini, pihak Laos telah mewujudkan jalinan perniagaan dalam sektor kelapa sawit pada tahun lepas. Di Laos mereka mempunyai industri pengolahan kayu kerana kawasan hutan di Laos cukup luas dan lebat.

Dengan itu, kita boleh menjalankan hubungan dalam industri pengolahan kayu, dengan ini kita mampu menyelamatkan lagi sedikit sebanyak hutan simpan Negara kita yang semakin menipis ini.
Selain itu, kita juga boleh menjalankan hubungan dua hala dalam industri pertanian kerana pertanian merupakan 41% pendapatan utama negara Laos. Kita boleh berkerjasama mengexport atau mengimport produk-produk pertanian negara kita.

Alex Ong sempat meninjau sewaktu kunjungan beliau ke Negara Laos dalam sektor pekebunan khususnya tanaman industri gaharu yang mampu memberi keuntungan jangka panjang kepada para pengusaha. Tambahnya.
Disediakan oleh
Nor Shafikah Binti Mohaidin 017-9991522 Pegawai Media kepada Profesor Dato’ Sri Dr. Alex Ong

Kegiatan