Board

DATO’ SERI DR. ALEX ONG, JP.

KETUA PENGARAH (CEO) MERANGKAP KETUA PENDAFTAR, PENTADBIRAN DAN KEWANGAN MALINDO MBCC ASIA

Yang Berbahagia Dato’ Seri Dr. Alex Ong, JP., adalah seorang Ahli Koperat yang berjaya khususnya dalam bidang pelaburan, beliau juga merupakan seorang pejuang budaya yang dikenali ramai dan seorang ahli politik yang dihormati serta pernah dilantik memegang beberapa jawatan politik dalam Kerajaan Malaysia, dengan kepakaran yang ada pada beliau, maka beberapa Pemerintah Kabupaten dan Kota di Indonesia telah melantik beliau sebagai Ketua Perwakilan Lembaga bagi membantu dan menyokong tugas Kedutaan Besar Republik Indonesia di Malaysia untuk mengeratkan lagi hubungan budaya, pendidikan dan juga ekonomi antara Negara serta membantu menarik pelabur antara dua Negara, beliau adalah pemegang jawatan penting dalam beberapa Pertubuhan & Koperasi serta Yayasan yang ada di Malaysia dan juga Negara Asean, bukan sahaja sering berkongsikan pengalaman niaga malah beliau juga sering berkongsi peluang meningkatkan lagi ekonomi serta melestarikan budaya ke peringkat Negara di Asean khasnya dan Amnya Asia. Beliau adalah seorang Doktor Falsafah dalam Bidang Perundangan dan Bisnes Antarabangsa (Khusus Pelaburan Ekonomi) dan juga pernah dianugerahkan Doktor kehormat dalam bidang perniagaan & ekonomi oleh beberapa University terkemuka di United Kingdom dan juga United State of Amerika. Kini beliau melebarkan jaringan dan juga rangkaian kenalannya di Malindo MBCC sebagai Ketua Pengarah Asia merangkap Ketua Pendaftar, Pentadbiran dan Kewangan dan juga sebagai Ahli CWC Malindo MBCC. Diatas jasa-jasa yang dicurahkan, beliau telah dianugerahkan beberapa pingat dan juga gelaran oleh beberapa Kesultanan di Negara Asean dan juga Ingeris, beliau juga pernah memenagi beberapa Penghargaan (Award) sebagai menghargai kebaktian minda terhadap masyarakat dan juga Negara. Dengan kepakaran serta pengalaman yang ada pada beliau, Malindo MBCC berharap dapat membantu para usahawan, budayawan dan golongan pendidik dengan berteraskan 10 fungsi yang ada pada MBCC sekali gus membantu Negara melestarikan budaya, pendidikan dan meningkatkan lagi hubungan diplomatik dan ekonomi dua hala.

DATO’ PADUKA DRS. RAFIE BIN MOHAMMAD, DSMP., DPMP., JP.

COO MERANGKAP KETUA JABATAN PENGURUSAN MAJLIS & LATIHAN MALINDO MBCC PUSAT

YBhg. Dato’ Paduka Drs Rafie Hj Mohammad JP  merupakan mantan Ketua Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau telah berkhidmat di UKM selama 35 tahun khusus dalam bidang pengurusan dan pendidikan seni budaya. Beliau berkelulusan Sarjana dari Universitas 17 Agustus 1945 Jakarta. Berdasarkan kepada pengalaman beliau yang luas, Malindo MBCC telah melantik beliau sebagai COO dan Ketua Jabatan Pengurusan Majlis Latihan dan Pendidikan.

DATUK ISMAIL BIN BAIDUZZAMAN, DIMP

KETUA JABATAN UNDANG-UNDANG & KERAJAAN TEMPATAN

YBhg. Datuk Ismail Bin Baiduzzaman adalah seorang peguam kelulusan BSc (maths) York University Canada, Sarjana Muda Undang-Undang (kepujian) UITM, Sarjana Undang-Undang Universiti Malaya, dan Diploma lepasan Ijazah Sayariah dan Amalan UITM. Beliau ialah bekas pensyarah undang-undang di Fakulti Undang-Undang UITM, selain itu beliau juga bergiat cergas dalam NGO.

DATO’ BUANI ATIQI BIN ABDUL RAHMAN,DPMP., AMP

KETUA JABATAN TEKNOLOGI, MULTIMEDIA & KOMUNIKASI

YBhg. Dato' Buani Atiqi bin Dato' Seri Utama Abdul Rahman, adalah Ketua Jabatan Teknologi, Multimedia & Komunikasi Malindo MBCC. Beliau berkelulusan Ijazah (Master Management Information System) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dari Universiti Tenaga Nasional. Beliau kini adalah Ahli Parlimen Belia Malaysia. Beliau juga seorang Pengarah Syarikat bagi Domain Reit Sdn Bhd dan Openstack Sdn Bhd di Kuala Lumpur.