16 Nov 2017

ARMADA Pahang Desak RoS batal PPBM

0 Comment

16 NOV: Berikutan merasa tertipu, akar umbi ARMADA Pahang mengesa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) membatalkan pendaftaran parti itu.

Wakil Lanchang, Airul Amir Amirudin berkata ia bertujuan memberi pengajaran kepada pimpinan tertinggi parti berkenaan status kewujudan sayap terbabit.

“ARMADA Pahang sepakat menyatakan sudah ditipu hidup-hidup oleh Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohammad dan Ketua ARMADA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kononnya sayap ini wujud sedangkan hakikatnya ia haram serta tidak wujud dalam perlembagaan parti.

“Kami secara jujur berasa tertekan ingin mendesak RoS supaya membatalkan terus pendaftaran PPBM sebagai pengajaran,” katanya di Bentong hari ini.

Airul Amir juga mendesak supaya Saddiq untuk meletak jawatan ekoran kegagalannya dalam menangani isu status pendaftaran sayap pemuda parti Bunga Raya itu.

Pada Jumaat lalu, Ketua Pengarah RoS, Surayati Ibrahim dilaporkan berkata PBBM mungkin dibatalkan pendaftaran susulan ARAMADA tiada dalam perlembagaan parti.

Semalam, Setiausaha Agung PPBM, Datuk Shahruddin Md Salleh memberi keterangan kepada RoS di Putrajaya berkenaan perlembagaan parti itu.

[top]