14 Dec 2018

Alex dilantik sebagai Perwakilan kepada Dewan Perwakilan Daerah Republik Indonesia di Malaysia.

0 Comment

Ketua Pengarah Malindo MBCC Asia, Profesor Dato’ Seri Dr Alex Ong dilantik sebagai Perwakilan kepada Dewan Perwakilan Daerah Republik Indonesia di Malaysia.

Lantikan itu diumum sendiri Ketua Dewan Perwakilan Daerah Indonesia, Dr Oesman Sapta dalam Majlis Makan Malam di Wisma Malindo MBCC pada Khamis, malam.

Pelantikan itu membuktikan komitmen Alex dalam mengatur segala program disukai dan diiktiraf bukan sahaja bagi pihak negara malah di Indonesia.

Alex berkata, dia tidak menyangka mendapat berita gembira itu ketika berada di sisi Oesman yang sedang menyampaikan ucapan di hadapan semua tetamu yang hadir.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Timbalan Yang Di Pertua Dewan Negara Parlimen Malaysia, Yb Senator Datuk Seri Haji Abd Halim Abd Samad, Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Terengganu, Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Khalid Ibrahim dan 15 anggota DPD (Senator) dari Indonesia.

Dalam masa sama, Alex memberitahu akan menggalas tanggungjawab itu sebaik mungkin bagi meningkatkan lagi hubungan dua hala antara Indonesia dan Malaysia.

[top]